Wednesday, February 25, 2015

Be strong 💪

Assalamualaikum..

hari ni terasa sangat rajin nak update blog walaupun mata dah agak mengantuk.. owhh yaalah sekarang dah tak tanam anggur haha tu yang penat je kan hehe.. btw nak cerita sikit laa pasal kerja baru I hehe.. sekarang I kerja as teacher.. kindergarten teacher je pon.. ok sangat sangat.. aku yang tak pernah2 rajin nak layan budak jadi lebih prihatin dan sangat penyayang dengan budak2 heee.. Alhamdullilah setiap hari ada aja je benda baru aku lalui haha.. poyo kan ayat aku haha.. dan tetiba aku rasa tak sabar nak ada sendiri.. HAH ?? hehe tak tau kenapa aku rasa sangat sayang sangat dengan diorang sampai2 aku tak berani nak marah and pekik teruk2 gitu.. hmm hati tisu sangat teacher ni kan hahaha.. tapi sorry yaa anak2.. teacher awak ni tahap perasan sangat sampai2 ada ke nak suruh panggil teacher 'comel' ?? hahaha maafkan teacher awak yang mengada and gedik ni yee hehe.. 

Ehh.. sebenarnya bukan itu topic sebenar yang nak aku hebohkan hahaha.. tapi dah alang2 ingat kan saje laaa nak bermukadimah panjang lebar sikit heee.. hmm btw, nak share something walaupun segan silu jugaklah kan.. ahhh jangan baca laa.. kalau sesiapa terbukak blog aku sila laa pangkah cepat2.. nanti banyak virus masuk pc korang ahaks! 

Ok.. pernahkah anda putus cinta ? ohhh tak ?? yelaaa kau! takkanlah tak ada kan hehe.. yess memang sekarang aku sedang melalui peristiwa itu.. ayat haha.. dan aku cuba untuk melalui proses pemulihan pulak.. walaupun dengan si dia dikatakan teramat 'singkat' tapi kenapa effect yang aku rasakan sangatlah dalam ? OMG apa yang kau buat pada aku hah ?? kau bagi aku minyak senyonyong ke hape ?? paling aku tak tahan kan bila aku dah start boleh nak atau otw lupakan dia.. dia akan datang lagi.. tak kesahlah dari segi apa,, segi tiga? segi empat tepat? ohh sungguh tak kelakar hashh.. yess dia memang ada pujuk aku balik untuk get back tapi.. aku masih trauma dan tak boleh nak percaya.. di sisi lain pulak yang belah kanan ni.. aku memang nak kan dia ! stay by my side walaupun not always by my side kan? sebab tulah aku lagi takut untuk get back.. dia jauh dari aku ! kalau nak get back pon esok meyhh datang rumah hantar rombongan mak jah semua datang meminang aku.. huiiii hahaha.. barulah aku percaya.. tapi tak percaya jugak laa sebenarnya.. I takut nak kahwin dengan U hmm takut nanti I kena serbu dengan scandalicious U mati laa I.. erghh

Hari hari aku kelam je sejak dua menjak ni.. pada dalam banyangan aku jelaa.. bila tengok langit, memang laa selalu cerah hah! yess I really miss you too by.. hmm but what to do kan ? kau lahh asal cari pasal.. tak cukup2 hehh stress aku.. memang mulut aku kata tak nak tapi kenapa hati aku tak sependapat dengan mulut ? hati ni makin rasa sakit sangat sangat sebab tak boleh nak terima dia lagi hoh! aku masih dalam pantang sekarang ni.. pantang? lepas beranak apa ? hishh maksudnya dalam proses nak lupakan kau.. huii susahnya nok.. tapi semakin aku berusaha tetap jaya nak lupakan kau, ingatan aku semakin kuat nak ingat kau.. kenapa ea ? hahh hahh hahh.. adakah ini normal ? hish. hari ni aku kena tolong jaga anak2 didik aku buat homework.. penat aku pum pang pum pang saja lah duduk depan seorang anak didik aku ni.. hah sambung balik pum pang pum pang tanya.. ok tak ? boleh tak ? ehh bukan macam tu.. hahh pandai.. hah gitu laaa,, aku pon saja lah nak berkenalan.. nak berkenalan hati budi tak boleh budak2 kot, kalau nak jadi macam che ta boleh laa hoh 😒.. aku pon tanya dengan mengada nya.. yelaa dah pum pang pum pang tak tau nama budak tu siapa hee.. then dia pon bersuara .... aku ni dah lah agak pekak lepas ada pulak lontaran vocal dari teman2 seperjuangan dia.. lagi bertambah2 pekak laaa teacher kau ni nak.. aku tanya lagi.. siapa ? dia pon jawab ... tett gituuu.. harus dirahsiakan.. aku yang pekak pon jadi tersentak seketika hahaha.. terus secara spontan aku laungkan perkataan kegemaran aku buat masa ni.. KENAPA ?? hah.. dia pon terpinga2 je heee.. maaf yaaa hehe.. aku pon haaah jadi makin larut dan hanyut dibuai perasaan kecewa dan angau sengal.....

KENAPALAH ? haishh.. semakin aku nak lupakan dia hish ada je yang akan buat aku ingat balik.. kenapaaa?? again.. hahh.. yelaa jujur dari hati.. I still love you.. loving youu.. hahh nampak tak 'loving' tu.. hah memang nampak lah aku tak boleh lupakan dia lagi.. tapiii kenapaaa kenapaaa kenapaaa ??? kalaulah aku dapat jumpa dia.. akan ku katakan padanya dengan sepenuh hati.. aku masih cinta ngok ! maksud sepenuh hati tu kan.. aku nak bagitau dia pekik2 sebelah telinga diaa.. hah lepas tu jadi pekak.. pekaklah kau! hahaha.. tapi masihkah ada waktu untuk bertemu ? adakah hati ini akan kuat bila berjumpa kelak ? semuanya akan terjawab apabila  anda membaca novel masih kah ada cinta dihatimu, gila ? karya chentaaah suchhi.. HOH ?? ehee 😱 

Hah, cukuplah untuk hari ni.. nurkilan apa pon tak pasti.. hmm aku rasa blog aku ni dahh jadi diary aku taw hahaa mintak2 lahh tak ada orang bacaa huu.. kalau ada yg berkenaan dan berkaitan terbaca.. tolong ampunkan daku~ 

Ok. Night
love,
miss A.

Sunday, February 22, 2015

Hurt.. it's really hurts me!

Assalamualaikum...

KENAPA ?
KENAPA ?
KENAPA ?

Haihh dah kenapa kan ? 

Stressnya lahaii.. itulah soalan yang selalu dalam kepala hotak ni.. kenapa kenapa kenapa ? tak apa tak apa.. sejak akhir2 ni suka pula dengan lagu kenapa kenapa kenapa ni.. sebab memang tiba2 terfikir and automatic nyanyi lagi ni even macam mesin tebu sikit.. yelaa tak hafal kot tu yang tersengguk2 macam mesin tebu.. 

Ok.. stop being funny.. focus focus..

Hey you.....! yess you! LISTEN ! 

Dah lama kita kenal.. even tak kenal kau luar dalamlah kan.. HAH? peliknya ayat aku.. ish yelah aku tau macam mana hati kau and apa yang kau rasa and bla bla bla.. tapi I know kau macam mana? siapa?.. kesah apalah kan kau siapa dulu.. sebab you're nothing to me.. no lah nothing.. kau tu hanya kawan aku.. you're one of my close friend in class.. halah dalam erti lain kita classmates lah.. aku tahu kau memang kerap bertukar-tukar pasangan.. tapi nak kesah apa as long as bukan dengan aku ke akak aku ke mak aku ke kawan aku ke anak aku ke hah.. 

Tapi at last.. aku juga terjerumus dalam hidup kau.. sebab aku termakan ayat kau yang sungguh manis dan yakin tu sampai aku pon percaya.. sebab kau dah cakap dengan aku hah face to face gitu.. ok good u said bla bla bla and purposed me! and that time mestilah gelabah gila aku.. yelaa kau hingat pernah ada ke yang buat macam tu ? memang idoklah.. dan sejak hari itu hidup aku sangatlah bahagia macam rasa nak terbang gitu erkk.. yelaa, lepas apa yang berlaku in the past mestilah rasa bahagia ada seseorang yang special dalam hidup and membayangkan dapat share every single things lah.. yess after meninggalnya adik sedara yang paling rapat dengan aku serius aku rasa macam tak nak hidup and nak ikut dia bla bla.. tapi lama- lama Alhamdullilah aku boleh survive and dapat rasa kebahagiaan sebab ada nya kau.. and i've celebrated my new year with you.. yeahh seronok laa kan aku.. hee

Then, baru beberapa hari or minggu ada je dugaan.. yess pasal apa lagi.. masalah orang ketigalah.. hey aku baru nak happy happy penda ada pulak orang lain nak mention2 nama kau.. ok masa tu aku boleh fikir rasional lagi dengan kata2 kau.. boleh meyakinkan aku sampai tak ada rasa syak wasangka langsung.. ok yang itu boleh handle.. bukan setakat tu.. selang beberapa minggu or hari juga ahh tak ingat laa.. again? ehh kenapalah dengan dorang ni pening aku tau.. settlekan laa kau berdua sana.. masa tu aku dah rasa fed up jugaklah sebab tulah aku malas nak layan and marah sebab tau kau boleh pujuk aku or tenangkan aku.. yess again.. aku percaya kan kau sangat2 sampai aku pon fikir perempuan tu psyco.. suka kacau2 or meroyan benda ntah gitu lah.. dan settle lah hal itu..

Yess finally, kita pon boleh harungi segalanya dengan baik selama sebulan.. yeayy 1st monthsary weyhh,, rasa happy sangat macam dah 30 tahun.. masuk bulan kedua ok nothing happen laa kot.. macam biasa kau sentiasa busy tak ada masa dengan aku.. ehh tapi aku tak kesah sebab yess aku tau hidup sebagai seorang pelajar tak ada lah sentiasa free.. aku boleh faham sangat sangat pasal tu.. that's why lah aku pon menyibukkan diri buat apa apa yang patut dekat rumah or aku keluar ke.. disebabkan aku rasa serius dengan dia aku malas nak online bila dia tak ada.. or kalau keluar pon kenapalah aku asik dok ingat je dekat dia.. angau kah itu ? heh.. tahap malas aku nak online kadang sampai kau text pon aku tak perasan.. and hidup kita macam tu lah sampai aku tau kau nak balik.. hah tak sabar nya weyh !!

Seterusnya datang lagi dugaan.. ini dugaan yang paling besar berat dan gigantic lah.. memang betul2 tak sangka sangat apa yang aku lihat dan baca.. aku cuba percayakan kau.. aku rasa macam nak butakan mata aku selamanya biar aku takkan nampak ni semua.. tapi maaf aku tak boleh nak buat macam tu sebab dah terang lagi bersuluh.. yess memang benar itu kau ! nombor kau ! dan kata kata tu ? yess kata kata yang pernah dan serupa macam kau bagi dekat aku.. yess jujur hancur hati aku tapi aku boleh sabar lagi.. aku tahan sampai kau balik.. aku nak face to face.. tapi kau tak boleh.. dan aku tak sanggup nak tahan lagi.. akhirnya aku luahkan juga.. paling aku marah.. kau tak mengaku ? heyy dah terang2 tu nama kau.. nombor kau.. ayat kau..!! takkan ada orang hacked phone kau and send macam tu dekat perempuan lain.. and aku tengok date kau send tu.. GOSH! masa tu kau dah dengan aku weyh.......... padahal baru jugaklah... tak sampai seminggu dengan aku kau berani luahkan kata2 cinta dekat EX kau ? MOTIF ? bukan tu je yang aku tau.. bukan sekali tu je.. ada lagi kau text dia.. no bukan text dia tapi kawan dia.. kau cakap kau RINDU dia ???? dah tu bukan main concern lagi dekat dia.. hah tak boleh tidur lewat ye ? dia ada migran ye ?? hoooo so sweettt......... bukan dengan dia je.. EX kau yang paling aku kenal pon kau nak rindu rinduan ??? siap nak jumpa tak boleh blaaaaaa !! and paling menyakitkan kau sempat text dia sebelum kau nak gerak sana ?? suruh doakan kau lagi ?? GOSH.. heyyy kau dah dengan aku kot masa tu.. kalau rasa still miss dengan mereka2 ni.. bagitau jelah.. i can move on.. walaupun sakitkan.. daripada kau tipu aku bulat2 sabar jelahhhhhhh..

Ingat aku tak tau dekat semua perempuan tu pon kau cakap nak jadikan isteri kan? Ya Allah paling aku sakit hati kau cakap kau CINTA KERANA ALLAH ? kau cinta siapa ? yang mana satu kerana Allah hah?? semua ?? kau nak cukupkan kuota kau ke hape ?? kau cakap cinta aku tapi kau kata rindu dekat orang lain ?? kau ingat aku tak tau kau still contact ex kau.. kau buat tu semua belakang aku weyhh.. kau tau tak betapa sakitnya aku bila aku tau semua ni ?? hoohh hohhh.. FAHAM TAK AKU SERIUS DENGAN KAU ? hahh kau pon tak cari aku lagi.. tak ada effort langsung nak pujuk or terangkan or what.. hahh dah biasa kan dengan benda ni ?? mesti dah banyak perempuan buat macam ni sampai kau pon tak kesah.. fineee kau boleh dapat ramai lagi.. cakap je nak lagi cantik ? lagi comel ? lagi baik ? lagi lagi lagi dan lagi.. kenapa tak pernah cukup 1 ?? kau rasa kau boleh dapat lebih lebih baik ke ?? tak delah nak cakap aku ni baik sangat.. tapi kalau kau rasa dia tu dah baik.. then kau nak apa lagi ?? kau nak tunggu dia sujud and cium kaki kau baru kau nampak dia cukup baik untuk kau ke ?? OMG tuhan ke kau ? 

Kalau satu hari kau jujur and mengaku..yess aku maafkan kau.. sebab cuma tu je aku nak dengar.. kau mengaku and mengaku salah.. kalau tak.. tak pelah.. harap aku tak jumpa kau lagi.. tapi kenapa kau sampai hati nak perbodohkan aku tanpa rasa serba salah ?? kita kawan dah lama kot.. aku betul2 tak sangka kau sanggup buat aku macam ni.. ishh kenapalah aku percayaaaaaa dengan kau !!! tapi tak baiklah nak persoalkan kenapa.. hmm tak apalah fikir positif jelah.. mungkin betul aku memang belum cukup baik untuk kau.. tak apaaa aku doakan kau boleh dapat yang lebih baik and lebih bahagia ye..... tapi please cukup2 lah perdaya orang weyhh.. SAKITNYAAA HATIIII.... terima kasih untuk beri aku pengajaran yang amat sangat berharga.. dan buat aku kuat menghadapi dugaan.. ayat aku wuihh..

Night,, 


 

 

Friday, May 17, 2013

My own 'Keek'

Assalamualaikum,,,



heyy kamu2 sekalian,, apa kabo ?? sihat ? ok bagus,, sakit ? g klinik wat medical treatment cepat2,, hoho..  ok hari ni mood aku sangat genbira sangat tapi aku tak tau apa pulak sebab aku jadi seseronok ini,, haihh..




sekarang makin canggih taw teknologi,, biasalah,, orang bijak dah ramai,, so banyaklah tempat untuk bersosial dengan free.. without any fees ke payment semualah.. and aku pon dah terjerumus dalam lembah tersebut.. dari zaman2 MySpace, terus ke Facebook, ke Blogger2 ni pulak dan seterusnya aku ber 'keek' pulak.. what the kan? hahaha.. tapi aku mesti dah lame fenomenanya baru sekarang nak sibuk.. perasan artis sangat aku kan..



sebenarnya nak ade keek ni bukannya nak wat kontroversi and mimpi nak jadi famous macam artis.. tidak sama sekali ok,, sungguh jauh disudut hati ini ye.. mulanya kau just minat2 tengok video2 yang artis post.. ni semua disebabkan hasutan kawan akulah .. aku pon tengok,, haha,, aku pon dah start jatuh cintun dengan benda ni sebabkan kawan aku ni asik ajak main record2 untuk upload dalam keek.. ohyeahh,, dah 4 5 video yang tertera ada wajah aku di situ,, wehhh malu dong! nasib baik ada views jugak kalau tak lagilah aku malu,, serabai ini semua,, hahaha..

nak promote keek aku pon tak boleh,, yelaa korang nak tengok apa kat situ kalau tak ada satu video pon yang aku upload,, so behave guys~ ewahh perasaan tahap retis betollah,, macam ada penontong yang menanti je,, tak apa,, buat2 ada bagi sedapkan hati sendiri ok what,, haha..  

yang penting aku tak sabar nak hasilkan karya merepek di sana,, hoho,, 
bersedialah korang dengan benda2 yang mengarut aku buat.. hehe 
ok guys,, btw,, wish me all the best for may final sem exam ( betol ke ) lantaklah!.. huhh minggu depan selama 4 hari aku akan menghadapi satu kejutan elektrik yang tidak dapat bawa aku ke alam mimpi,, yelahh,, nak exam risau sangat,, manalah boleh nak tido nyenyak... itu aje sebenarnya maksud aku,, tapi ayat panjang berjela.. 


oklaahh,, tata titi tutu
:)

Friday, March 29, 2013

Soalnya Hati~

Assalamualaikum,,




Soalnya hati,, sukar dimengerti.. haa ingat lagi tak lagu siapa nih ? huhu,, carilah sendiri! heyy you alls,, lama tak dengar khabar hakaq kan ? well buzy and lazy was around laa,, hari ini aku gagahkan diri untuk menaip kat sini atas sebab2 tertentu,, ( gedik kan ? ) whateverlaa~


beberapa minit yang lepas aku on account facebook kuh,, balas komen sana sini,, biasalah sejak banyak gambar baru kecuhlah kami2 disana kan,, penuh notification aku,, heshh ini disebabkan mereka2 yang selalu berkomen2 sajelah,, tidak mengapa mengisi masa lapang katanya,, ahakss


minggu ini adalah minggu cuti,, yeayy,, hari tu aku baru pergi lawatan sekolah ke UPSI dan sekitar perak, KL dan melaka bandar yang sangat bersejarah ( kateenyee~ ) 4hari 3malam aku meninggalkan keluarga dan rumah tercinta,, tak apalah sekejap je pon,, daripada tekurung kat rumah aje,, semput2! tak pasal2 ade movie baru karang ' ESAH SEMPUT '.. tengok tajuk pon dah tak glamor lagi kan pelakon utamanya,, haishhh hampeh!


( geng2 form 6 ketika di Gua Tempurung, Perak. Gila penat,, )


(habis basah lecun kitorang! seronok + sakit2 badan sebab kne merangkak n terhantuk batu kt dalam Gua ni)

(penat berjalan nk ke petrosains n akuaria,, bapak jauh2 ! sakit tapak kaki kuh,,)



ok,, tadi sajalah aku tengok quotes di google,, haishh,, aku bacalah satu2 ayat yang ada kan,, hishh tiba2 rasa tersebak pulak,, dengan ada kawan aku berkomen pasal jodoh yang terbaik semua tu,, lagilah sebak aku dibuatnya,, haha


kalau cerita atau tercakap soal jodoh,, hati rasa sayu and sebak aje,, kenapalah agaknya kan ? sebagai diri sendiri pon aku tak tau kenapa. Bila orang tau aku cakap macam ni mesti orang akan persoalkan umur aku! pehal ? salah ke budak macam aku dah fikir soal ni ? aku rasa normal kot,, semua orang akan lalui jugaklah,, sama ada cepat atau lambat aje,, fikir tak apa janganlah sampai melampau2,, bahaya nok~


yang aku pelik kenapalah aku tak boleh ada perasaan dengan orang yang lebih tua dari aku ? setahun tua pon jadilah,, tapi susah,, adakah ada sebab2nya ? ( yelaa,, dulu2 selalu kene reject dengan abang2 kot,, wahaha ) tak adalah,, bukan macam tu,, mungkin mind aku dah set kalau abang2 ni matang sangat n dorang tak boleh layan kepala aku sebagai orang muda dan selalu merepek,, ok. Aku rasa jugak abang2 ni macam complicated dan sentiasa kena akap dorang je,, kiranya kena hormat pndapat dia ajelah,, tapi nak cakap lebih2 pon tak boleh sebab aku tak ada pengalaman kot mengenai abang2,, haha maaf~


well,, betul orang cakap,, masa lalu boleh membuatkan kita lebih matang,, aku rasa pon aku dah matang sikit daripada dulu,, kalau dulu aku hanya tau berseronok aje,, sekarang aku taulah bahagikan antara berseronok yang baik dan jahat,, hehe,, ( aku cakap dah macam pro pulee ) yelaa disebabkan dah pernah rasa kecewa yang teramat sangat aku dah faham nak jaga hati orang INSYAALLAH~ tapi kita manusia mestilah pernah melakukan kesilapan setiap apa jua yang kita lakukan,, so begitu jugak dengan aku,, dah try sehabis baik jaga hati orang tetap jugak akan ada terguriskan hati orang walaupon sikit,,  


walaupon di masa lalu ada yang gembira dan sedih jugak,, biasalah,, dah namanya kehidupan di dunia ni kan bagaikan roda yang sentiasa berputar,, ( hamboii! ) oleh sebab pernah kecewa dengan masa lalu aku try melangkah untuk masa depan yang INSYAALLAH cerah dan bahagia,, berangan di dahulukan,, aku bersyukur sekarang aku dikurniakan seorang lelaki yang cukup baik dalam hidup aku,, walaupon selalu gaduh dan berbaik semula,, sentiasa ada pasang surutnyalah,, itulah yang dinamakan dugaan dalam perhubungan. Dalam setiap mana2 perhubungan ada dugaan kot,, hubungan dengan mak ayah, adik beradik, sedara mara, dan kawan2. 


tak perlulah nak beritahu dekat semua orang siapa insan yang aku heboh2 kan tadi,, tak perlu,, kam belumnya sah lagi,, lagipon aku takot apa yang dirancangkan ni terputus ditengah jalan,, haa frust kali kedualah aku,, sesiapa yang add aku di facebook dan jadi kawan aku taulah siapa orangnya,, aku tak kesahlah orang nak cakap apa soal luaran dia,, setiap manusia ada kekurangan masing2 so jangan risau keh,, Allah bagi adil dekat semua orang,, aku pon sedar aku banyak kekurangan berbanding kelebihan,, sampaikan aku tak tau apa kelebihan sebenar aku,, semua so so je,, 


setiap orang yang dah ada pasangan mesti sangat mengharapkan hubungan dorang tu boleh kekal sampai ke akhirnya,, bak kata orang,, itu pon kalau ada jodoh,, kalau dah jodoh memang tak kemana,, dah Allah akan kirimkan seseorang yang terbaik untuk kita,, xkiralah macam mana rupanya. Orang akan cakap " bolehlah kau cakap macam ni,, cuba kau dapat yang tak seberapa,, haa ". Memang betul sangatlah tu,, jangan risau,, kalau dah jodoh kita akan ada perasaan sayang kat dia secara semula jadi dan perasaan sayang yang ada tulah yang akan buat kita lupa soal kekurangan dia,, yang kita nampak semua kelebihan dia aje,, sebab tu orang cakap ' Cinta Itu Buta '. cinta telah membutakan mata kita dari melihat kekurangan yang ada pada pasangan kita. ( cehh,, cakap mcm aku ni doc love saje,, malu2 )


* ayat2 aku dah macam pro dan macam orang dah kawin bertaon kan ?? huhu maklumlah,, mood bahagia,, bahagia ke ?? tett,, hahaha,, oklah,, semoga sentiasa bahagia dengan keluarga dan si dia,, huhu,,


ok night alls,,,
:p


Monday, December 31, 2012

Half Moon~

Assalamualaikum,,


heyy alls,, aku kembali lagi untuk pot pet di sini,, haacubalah tengok tajuk aku tu,, Amazing kan ? macam sesuatu yang special sangat je kan,, ehh mestilah special bagi akulah,,


Agak dah 2 tahun aku berhijrah ni nak juga try pelbagai gaya kan ? yelaa,, sekarang dah bertudung litup bagai kan,, so suke sangat tengok macam2 jenis tudung yang ada, tapi cuma tak berani je nak pakai,, oleh sebab tak berani pakai tu lah aku tak berani nak beli,, nak buat apa beli kalau tak pakai kan ? membazir je.


Dengar2 ada jenis baru,, Tudung Half moon namanya,, ini semua kakak tersayanglah yang asyik gebang je sejak pulang ke kampung haha. Hari pertama dia balik sini bertepatan dengan berlangsungnya Pasar Khamis,, wahh apakah itu ?? alaahai,, takkan tak tahukan,, dah popular pasal tu siap masuk surat khabar lagi,, tak boleh tahan kan? hehe.


Haa,, cerita pasal tudung ni adalah mengedik aku usha dekat Google syayang,, hee. Bukan main kau! LAWANYA,, so teringin jugalah nak cuba memilikinya,, hee.




* tengok tudungnya je,, model tu buat2 tak nampak je,, jeles I hehe

*wahh hijau yang menawan!



*haa suka yang macam ni,, plain je,, so bagus untuk orang yang baru nak mencuba and yang suka gaya simple tak adalah melarat sangat


Haa,, 3 bulan lagi umur aku meningkat,, so aku harap sangat mummy kuh belikan ini sempena hadiah untuk kuh, yeahh! Ahh,, tak pon nanti aku dah beli, aku pakai, aku amik gambar, aku upload masuk FB dan di sini juga,, saja nak menunjuklah tu kan huhu,, biasalah tu. Oklah itu sahaja untuk hari ini,, kalau ada benda lagi untuk dikongsi akan ku tulis berjeler,, sangat laa kan! hehe


thanx,,
tata

Sunday, December 30, 2012

Facebook kuh!

Assalamualaikum,,


Hello geng2 semua,, ok aku baru update apa2 yang perlu di Facebook aku,, seronok,, tak buat apa pon biasalah pantang ada gambar baru mesti upload and tukar profile picture alang2 tu aku tukar cover photo sekali,, maklumlah dah bosan asik gune gambar air terjun buatan yang dapat disaksikan dibawah ini,, huhu



at Genting Highlands


Haa bila mood ceria ni tiba2 teringat kan sesuatu yang hidup,, haha,, teringin jugak nak letak sebuah gambar yang dapat menenangkan hati serta fikiran kan,, haa nak beli tapi orang selalu cakap membazir,, haa sekarang dapat tengok pon jadilah,, walaupon tak sama macam dapat pegang dengan realnya,, who cares! hehe. Aku sibuk membebel itu ini tapi tak bagi tahu apa benda yang aku sibuk dok gebangkan tu,, haa ni laa dia kegemaran aku,, benda yang dapat menenangkan mata hati yang sedang buntu,, hee tu bagi aku laa,, yang lain tak tau laa.. ini lah dia!


comel kan ?? huhu


haa,, itu laa transformasi yang berlaku di Facebook aku,, so kalau nak tengok gambar apa aje yang ada sila laa stalk aku kan,, wahh ayat macam famous sangat aje kan,, tak ada laa,, nk tengok tak kan tak bagi kan,, so sila laa ea,, jangan segan2,, dekat tepi blog ni ada page FB kuh,, so klik saje laa,, oklaa itu saja yang dapat aku gebangkan pada hari ni,, next time aku cerita lagi apa2,, 


thanx,, 
tata..





Monday, December 3, 2012

On Her Wedding !!

Assalamualaikum,,


Selamat sejahtera semua,, bersua kembali bersama saya.. hari ini saya ada cerita yang ingin dikongsikan,, padahal cerita ini bukanlah berlaku pada hari ini,, tetapi semalam,, hee 


ok geng kita teruskan cerita,, semalam ( 2 Dec 2012 ) merupakan tarikh paling bersejarang dalam hidup makcik aku,, walaupun aku tak tahu macam mana nak terangkan pasal hubungan kekeluargaan kami,, tapi tetap aku anggap dia makcik aku,, dan peliknya aku panggil dia ' AKAK' ok laa tu kan,,


ok,, banyak tugasan yang aku perlu buat bagi melancarkan hari bersejarah tu,, pada malam berinai aku perlu memasang kan inai di jari bakal pengantin kau,, nervous aku,, lastly,, bukan aku pon orang lain,, weyhh sedih teramat! tak kesahlah tu yang penting aku pon dapat berinai jugak kau! hahaha semangat kan ?? peduli hape,, oklah tu,,


orang lain sibuk merewang aku pulak sibuk bergambar saja,, biasalah sejak tugasan telah ditukar dari tukang memasang inai ke photographer,, jauh menyimpangkan ?? ahh terpaksa laa terima seadanya,, bak kata orang sebelum melakukkan sebarang kesilapan, baik kita cuba dulu,, baru boleh dapat hasil yang terbaik,, yeke ?? macam bak kata aku seorang je tu.. 


beberapa cobaan telah dilakukan ketika majlis berlangsung,, nak upload memang bertahun,, jadi dengan serba salahnya saya memberitahu,, kalau nak lihat di FB ku tersayang laa ye,, dekat situ adalah serba sedikit gambar ketika majlis berlangsung,, ok


thanx,,
tata..