Wednesday, August 31, 2011

Raya Raya Raya....

assalamualaikum..


pertama sekali aku nak cakap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin..
kalau ada silap dah salah selama kenal dengan korang..maaf sangat sangat..



ok.. intro kena sedih sikit..huhu..
agak sewel jugaklah kan.. dah hari kedua baru nak wish semua.. tak apa la kan.. atleast wish juga.. maklumlah.. dah dua hari raya ni aku sibuk aje memanjang.. buat apa ? well.. ikot ayah saya pergi beraya lah.. ke sana ke mari.. setiap balik beraya terus tidur.. lepas tu malam malam bangun and mula lah mata terasa sangat segar padahal jam da menunjukkan pukul 1 atau 2 gitu.. tambahan ada kakak aku pula,, makin tak tidur lah aku.. biasa masuk tidur balik pukul 3 atau 4 pagi gitu.. agak pagi pagi ayah dah gegar bilik kitorang.. wahh.. memang kesabaran itu sangat diperlukan ketika itu.. huhu..


bila agaknya aku boleh beraya rumah kawan kawan aku semua.. yelahh..semuanya senyap aje.. bagai tiada apa yang berlaku.. aku pon senyap aje lah..hehe..
baru dua hari aku beraya kan.. aku da rasa sangat aku makin berat.. yelahh,, pergi rumah sana makan sini makan.. tapi tak adalah banyak banyak.. tapi agak kerap jugaklah makan.. sayang tu.. masa puasa dulu agak agak dah turun tiga kilo..janganlah pula lepas raya ni aku naik tiga kilo..ohh.. tidaakkk... huhuhua...


ok.. sekarang ini pon aku asik menguap menguap aje.. so korang paham lah kan apa maksudnya ? haa.. mata aku ni minta rehat.. nak tidur kejap la ni..huhu.. kejap lagi kena gegar pula dengan kakak aku tu..haihh..
baiklah..


itu saja


buat 


masa 


ini


selamat


malam


semua


tata~

Monday, August 22, 2011

PLKN episod 2 !

assalamualaikum...

minggu ini sekolah aku sibuk sangat dengan ambik gambar untuk kelab-kelab.. paling penting sibuk bagi borang pada orang-orang yang tertentu.. huhu.. siapa? siapa lagi kalau bukan budak-budak yang dapat menyertai PLKN.. agak dalam 100 lebih yang dapat..yang pertama dulu memanglah aku cek aku tak dapat.. mana tahu yang ni aku dapat pula..tak ke terkejut beruk aku ! dengan rasa jantung nak gugur ni.. aku kuatkan semangat juga nak pergi tengok.. wahhh.. alhamdulillah buat kali kedua.. aku tak dapat ! yeahhh..


kebanyakkan yang dapat semua golongan yang 'gedik-gedik'..hahaha.. seperti yang dulu.. kawan-kawan aku tak ada yang dapat.. kesian pada shera and najwa and tak tinggal juga aieyn yang nak sangat benda ngarut tu.. hahaha.. sabarlah ye..

huhu... rasa gembira yang teramat ! huhuhu
ok.. itu sahaja!

Wednesday, August 17, 2011

Gerak Gempur : Sejarah !

assalamualaikum...





minggu ni macam dah start rasa tertekan nak menghadapi peperiksaan besar.. apa lagi SPMlah tu.. tapi aku tetap buat muka sardin seperti tiada apa yang berlaku.. walaupun buku rujukan dan macam-macam buku ada dekat sebelah aku ni.. aku tetap tak heran.. bak kata orang " ADA AKU KESAH" hehehe.. 


besok aku akan menghadapi subjek yang paling aku 'suka'.. suka sangatlah kan.. SEJARAH ! nak mampos ke aku suka.. cikgu aku dah bagi beberapa topik yang akan keluar tapi dengan penuh baiknya aku tak menyelak buku-buku tu.. kawan aku pun ada bagi juga.. dengan penuh lemah lembut aku selaklah juga sikit-sikit..



paling penting, sempat lagi aku berblogging.. dengan alasan.. aku dah lama tak post apa-apa kat blog.. last post sesuatu pun minggu lepas.. sedih kan? 



tadi aku baru 'kongsi' sesuatu dekat facebook.. 
MOOD : Baca Sejarah Sampai Krepot..
ayat tu tiba-tiba muncul dalam otak aku yang comel ni.. apa lagi.. terus taip dan kongsi kepada semua.. ishh.. kau ingat kau artis ke ? hehe..





ok.. aku akan berhenti sampai sini.. oleh sebab nota-nota aku ni semua nak terbang.. sebelum mereka terbang.. baik aku pergi menelaah mereka-mereka itu.. huhuhu..
wish me luck ok !