Friday, May 17, 2013

My own 'Keek'

Assalamualaikum,,,



heyy kamu2 sekalian,, apa kabo ?? sihat ? ok bagus,, sakit ? g klinik wat medical treatment cepat2,, hoho..  ok hari ni mood aku sangat genbira sangat tapi aku tak tau apa pulak sebab aku jadi seseronok ini,, haihh..




sekarang makin canggih taw teknologi,, biasalah,, orang bijak dah ramai,, so banyaklah tempat untuk bersosial dengan free.. without any fees ke payment semualah.. and aku pon dah terjerumus dalam lembah tersebut.. dari zaman2 MySpace, terus ke Facebook, ke Blogger2 ni pulak dan seterusnya aku ber 'keek' pulak.. what the kan? hahaha.. tapi aku mesti dah lame fenomenanya baru sekarang nak sibuk.. perasan artis sangat aku kan..



sebenarnya nak ade keek ni bukannya nak wat kontroversi and mimpi nak jadi famous macam artis.. tidak sama sekali ok,, sungguh jauh disudut hati ini ye.. mulanya kau just minat2 tengok video2 yang artis post.. ni semua disebabkan hasutan kawan akulah .. aku pon tengok,, haha,, aku pon dah start jatuh cintun dengan benda ni sebabkan kawan aku ni asik ajak main record2 untuk upload dalam keek.. ohyeahh,, dah 4 5 video yang tertera ada wajah aku di situ,, wehhh malu dong! nasib baik ada views jugak kalau tak lagilah aku malu,, serabai ini semua,, hahaha..

nak promote keek aku pon tak boleh,, yelaa korang nak tengok apa kat situ kalau tak ada satu video pon yang aku upload,, so behave guys~ ewahh perasaan tahap retis betollah,, macam ada penontong yang menanti je,, tak apa,, buat2 ada bagi sedapkan hati sendiri ok what,, haha..  

yang penting aku tak sabar nak hasilkan karya merepek di sana,, hoho,, 
bersedialah korang dengan benda2 yang mengarut aku buat.. hehe 
ok guys,, btw,, wish me all the best for may final sem exam ( betol ke ) lantaklah!.. huhh minggu depan selama 4 hari aku akan menghadapi satu kejutan elektrik yang tidak dapat bawa aku ke alam mimpi,, yelahh,, nak exam risau sangat,, manalah boleh nak tido nyenyak... itu aje sebenarnya maksud aku,, tapi ayat panjang berjela.. 


oklaahh,, tata titi tutu
:)

Friday, March 29, 2013

Soalnya Hati~

Assalamualaikum,,




Soalnya hati,, sukar dimengerti.. haa ingat lagi tak lagu siapa nih ? huhu,, carilah sendiri! heyy you alls,, lama tak dengar khabar hakaq kan ? well buzy and lazy was around laa,, hari ini aku gagahkan diri untuk menaip kat sini atas sebab2 tertentu,, ( gedik kan ? ) whateverlaa~


beberapa minit yang lepas aku on account facebook kuh,, balas komen sana sini,, biasalah sejak banyak gambar baru kecuhlah kami2 disana kan,, penuh notification aku,, heshh ini disebabkan mereka2 yang selalu berkomen2 sajelah,, tidak mengapa mengisi masa lapang katanya,, ahakss


minggu ini adalah minggu cuti,, yeayy,, hari tu aku baru pergi lawatan sekolah ke UPSI dan sekitar perak, KL dan melaka bandar yang sangat bersejarah ( kateenyee~ ) 4hari 3malam aku meninggalkan keluarga dan rumah tercinta,, tak apalah sekejap je pon,, daripada tekurung kat rumah aje,, semput2! tak pasal2 ade movie baru karang ' ESAH SEMPUT '.. tengok tajuk pon dah tak glamor lagi kan pelakon utamanya,, haishhh hampeh!


( geng2 form 6 ketika di Gua Tempurung, Perak. Gila penat,, )


(habis basah lecun kitorang! seronok + sakit2 badan sebab kne merangkak n terhantuk batu kt dalam Gua ni)

(penat berjalan nk ke petrosains n akuaria,, bapak jauh2 ! sakit tapak kaki kuh,,)



ok,, tadi sajalah aku tengok quotes di google,, haishh,, aku bacalah satu2 ayat yang ada kan,, hishh tiba2 rasa tersebak pulak,, dengan ada kawan aku berkomen pasal jodoh yang terbaik semua tu,, lagilah sebak aku dibuatnya,, haha


kalau cerita atau tercakap soal jodoh,, hati rasa sayu and sebak aje,, kenapalah agaknya kan ? sebagai diri sendiri pon aku tak tau kenapa. Bila orang tau aku cakap macam ni mesti orang akan persoalkan umur aku! pehal ? salah ke budak macam aku dah fikir soal ni ? aku rasa normal kot,, semua orang akan lalui jugaklah,, sama ada cepat atau lambat aje,, fikir tak apa janganlah sampai melampau2,, bahaya nok~


yang aku pelik kenapalah aku tak boleh ada perasaan dengan orang yang lebih tua dari aku ? setahun tua pon jadilah,, tapi susah,, adakah ada sebab2nya ? ( yelaa,, dulu2 selalu kene reject dengan abang2 kot,, wahaha ) tak adalah,, bukan macam tu,, mungkin mind aku dah set kalau abang2 ni matang sangat n dorang tak boleh layan kepala aku sebagai orang muda dan selalu merepek,, ok. Aku rasa jugak abang2 ni macam complicated dan sentiasa kena akap dorang je,, kiranya kena hormat pndapat dia ajelah,, tapi nak cakap lebih2 pon tak boleh sebab aku tak ada pengalaman kot mengenai abang2,, haha maaf~


well,, betul orang cakap,, masa lalu boleh membuatkan kita lebih matang,, aku rasa pon aku dah matang sikit daripada dulu,, kalau dulu aku hanya tau berseronok aje,, sekarang aku taulah bahagikan antara berseronok yang baik dan jahat,, hehe,, ( aku cakap dah macam pro pulee ) yelaa disebabkan dah pernah rasa kecewa yang teramat sangat aku dah faham nak jaga hati orang INSYAALLAH~ tapi kita manusia mestilah pernah melakukan kesilapan setiap apa jua yang kita lakukan,, so begitu jugak dengan aku,, dah try sehabis baik jaga hati orang tetap jugak akan ada terguriskan hati orang walaupon sikit,,  


walaupon di masa lalu ada yang gembira dan sedih jugak,, biasalah,, dah namanya kehidupan di dunia ni kan bagaikan roda yang sentiasa berputar,, ( hamboii! ) oleh sebab pernah kecewa dengan masa lalu aku try melangkah untuk masa depan yang INSYAALLAH cerah dan bahagia,, berangan di dahulukan,, aku bersyukur sekarang aku dikurniakan seorang lelaki yang cukup baik dalam hidup aku,, walaupon selalu gaduh dan berbaik semula,, sentiasa ada pasang surutnyalah,, itulah yang dinamakan dugaan dalam perhubungan. Dalam setiap mana2 perhubungan ada dugaan kot,, hubungan dengan mak ayah, adik beradik, sedara mara, dan kawan2. 


tak perlulah nak beritahu dekat semua orang siapa insan yang aku heboh2 kan tadi,, tak perlu,, kam belumnya sah lagi,, lagipon aku takot apa yang dirancangkan ni terputus ditengah jalan,, haa frust kali kedualah aku,, sesiapa yang add aku di facebook dan jadi kawan aku taulah siapa orangnya,, aku tak kesahlah orang nak cakap apa soal luaran dia,, setiap manusia ada kekurangan masing2 so jangan risau keh,, Allah bagi adil dekat semua orang,, aku pon sedar aku banyak kekurangan berbanding kelebihan,, sampaikan aku tak tau apa kelebihan sebenar aku,, semua so so je,, 


setiap orang yang dah ada pasangan mesti sangat mengharapkan hubungan dorang tu boleh kekal sampai ke akhirnya,, bak kata orang,, itu pon kalau ada jodoh,, kalau dah jodoh memang tak kemana,, dah Allah akan kirimkan seseorang yang terbaik untuk kita,, xkiralah macam mana rupanya. Orang akan cakap " bolehlah kau cakap macam ni,, cuba kau dapat yang tak seberapa,, haa ". Memang betul sangatlah tu,, jangan risau,, kalau dah jodoh kita akan ada perasaan sayang kat dia secara semula jadi dan perasaan sayang yang ada tulah yang akan buat kita lupa soal kekurangan dia,, yang kita nampak semua kelebihan dia aje,, sebab tu orang cakap ' Cinta Itu Buta '. cinta telah membutakan mata kita dari melihat kekurangan yang ada pada pasangan kita. ( cehh,, cakap mcm aku ni doc love saje,, malu2 )


* ayat2 aku dah macam pro dan macam orang dah kawin bertaon kan ?? huhu maklumlah,, mood bahagia,, bahagia ke ?? tett,, hahaha,, oklah,, semoga sentiasa bahagia dengan keluarga dan si dia,, huhu,,


ok night alls,,,
:p