Wednesday, February 25, 2015

Be strong 💪

Assalamualaikum..

hari ni terasa sangat rajin nak update blog walaupun mata dah agak mengantuk.. owhh yaalah sekarang dah tak tanam anggur haha tu yang penat je kan hehe.. btw nak cerita sikit laa pasal kerja baru I hehe.. sekarang I kerja as teacher.. kindergarten teacher je pon.. ok sangat sangat.. aku yang tak pernah2 rajin nak layan budak jadi lebih prihatin dan sangat penyayang dengan budak2 heee.. Alhamdullilah setiap hari ada aja je benda baru aku lalui haha.. poyo kan ayat aku haha.. dan tetiba aku rasa tak sabar nak ada sendiri.. HAH ?? hehe tak tau kenapa aku rasa sangat sayang sangat dengan diorang sampai2 aku tak berani nak marah and pekik teruk2 gitu.. hmm hati tisu sangat teacher ni kan hahaha.. tapi sorry yaa anak2.. teacher awak ni tahap perasan sangat sampai2 ada ke nak suruh panggil teacher 'comel' ?? hahaha maafkan teacher awak yang mengada and gedik ni yee hehe.. 

Ehh.. sebenarnya bukan itu topic sebenar yang nak aku hebohkan hahaha.. tapi dah alang2 ingat kan saje laaa nak bermukadimah panjang lebar sikit heee.. hmm btw, nak share something walaupun segan silu jugaklah kan.. ahhh jangan baca laa.. kalau sesiapa terbukak blog aku sila laa pangkah cepat2.. nanti banyak virus masuk pc korang ahaks! 

Ok.. pernahkah anda putus cinta ? ohhh tak ?? yelaaa kau! takkanlah tak ada kan hehe.. yess memang sekarang aku sedang melalui peristiwa itu.. ayat haha.. dan aku cuba untuk melalui proses pemulihan pulak.. walaupun dengan si dia dikatakan teramat 'singkat' tapi kenapa effect yang aku rasakan sangatlah dalam ? OMG apa yang kau buat pada aku hah ?? kau bagi aku minyak senyonyong ke hape ?? paling aku tak tahan kan bila aku dah start boleh nak atau otw lupakan dia.. dia akan datang lagi.. tak kesahlah dari segi apa,, segi tiga? segi empat tepat? ohh sungguh tak kelakar hashh.. yess dia memang ada pujuk aku balik untuk get back tapi.. aku masih trauma dan tak boleh nak percaya.. di sisi lain pulak yang belah kanan ni.. aku memang nak kan dia ! stay by my side walaupun not always by my side kan? sebab tulah aku lagi takut untuk get back.. dia jauh dari aku ! kalau nak get back pon esok meyhh datang rumah hantar rombongan mak jah semua datang meminang aku.. huiiii hahaha.. barulah aku percaya.. tapi tak percaya jugak laa sebenarnya.. I takut nak kahwin dengan U hmm takut nanti I kena serbu dengan scandalicious U mati laa I.. erghh

Hari hari aku kelam je sejak dua menjak ni.. pada dalam banyangan aku jelaa.. bila tengok langit, memang laa selalu cerah hah! yess I really miss you too by.. hmm but what to do kan ? kau lahh asal cari pasal.. tak cukup2 hehh stress aku.. memang mulut aku kata tak nak tapi kenapa hati aku tak sependapat dengan mulut ? hati ni makin rasa sakit sangat sangat sebab tak boleh nak terima dia lagi hoh! aku masih dalam pantang sekarang ni.. pantang? lepas beranak apa ? hishh maksudnya dalam proses nak lupakan kau.. huii susahnya nok.. tapi semakin aku berusaha tetap jaya nak lupakan kau, ingatan aku semakin kuat nak ingat kau.. kenapa ea ? hahh hahh hahh.. adakah ini normal ? hish. hari ni aku kena tolong jaga anak2 didik aku buat homework.. penat aku pum pang pum pang saja lah duduk depan seorang anak didik aku ni.. hah sambung balik pum pang pum pang tanya.. ok tak ? boleh tak ? ehh bukan macam tu.. hahh pandai.. hah gitu laaa,, aku pon saja lah nak berkenalan.. nak berkenalan hati budi tak boleh budak2 kot, kalau nak jadi macam che ta boleh laa hoh 😒.. aku pon tanya dengan mengada nya.. yelaa dah pum pang pum pang tak tau nama budak tu siapa hee.. then dia pon bersuara .... aku ni dah lah agak pekak lepas ada pulak lontaran vocal dari teman2 seperjuangan dia.. lagi bertambah2 pekak laaa teacher kau ni nak.. aku tanya lagi.. siapa ? dia pon jawab ... tett gituuu.. harus dirahsiakan.. aku yang pekak pon jadi tersentak seketika hahaha.. terus secara spontan aku laungkan perkataan kegemaran aku buat masa ni.. KENAPA ?? hah.. dia pon terpinga2 je heee.. maaf yaaa hehe.. aku pon haaah jadi makin larut dan hanyut dibuai perasaan kecewa dan angau sengal.....

KENAPALAH ? haishh.. semakin aku nak lupakan dia hish ada je yang akan buat aku ingat balik.. kenapaaa?? again.. hahh.. yelaa jujur dari hati.. I still love you.. loving youu.. hahh nampak tak 'loving' tu.. hah memang nampak lah aku tak boleh lupakan dia lagi.. tapiii kenapaaa kenapaaa kenapaaa ??? kalaulah aku dapat jumpa dia.. akan ku katakan padanya dengan sepenuh hati.. aku masih cinta ngok ! maksud sepenuh hati tu kan.. aku nak bagitau dia pekik2 sebelah telinga diaa.. hah lepas tu jadi pekak.. pekaklah kau! hahaha.. tapi masihkah ada waktu untuk bertemu ? adakah hati ini akan kuat bila berjumpa kelak ? semuanya akan terjawab apabila  anda membaca novel masih kah ada cinta dihatimu, gila ? karya chentaaah suchhi.. HOH ?? ehee 😱 

Hah, cukuplah untuk hari ni.. nurkilan apa pon tak pasti.. hmm aku rasa blog aku ni dahh jadi diary aku taw hahaa mintak2 lahh tak ada orang bacaa huu.. kalau ada yg berkenaan dan berkaitan terbaca.. tolong ampunkan daku~ 

Ok. Night
love,
miss A.

No comments:

Post a Comment