Thursday, July 21, 2011

seminggu tanpa ibu bapa :(

assalamualaikum.....


sejak akhir2 ni.. susah gila aku nak lelapkan mata... padahal jam suda menunjukkan pukul 2 lebih.. bila tak bole tido tu mula la aku fikir yang bukan2... yelaaa,,, besok mommy dengan ayah nak flight pegi Surabaya,Indonesia.. sebab ada wedding kat sana... dulu ayah aku tanya "nak ikot tak".. dengan penoh kesombongan dan kebongkakkan aku cakap "tak nak laa kite skola kan nak dekat2 SPM"..

beberapa hari lagi mereka nak pegi berlepas aku da mula menyesal dengan kata2 aku tempoh hari.. bila fikir balik.. weyhh,, nak ikot laa...

malam2 selalu terfikirkan tentang keselamatan mereka.. penuh kerisauan sangat.. selama ni aku tak pernah rasa macam ni.. kadang2 aku terfikir ada something akan berlaku ke.. tapi aku diam je la.. aku tak cakap pon sebab aku takut mulut aku masin dan benda yang aku fikirkan tu akan betul2 berlaku.. 
setiap malam aku doakan untuk keselamatan mereka.. aku tak tau kenapa ringan sangat tangan aku menadah dan kenapa ringan sangat mulut aku nak berdoa dengan panjangnya.. dan di sebabkan itu.. terasa laju pulak air mata ni mengalir.. agak2 dah dua tiga malam aku nangis.. 

yang buat aku paling sedih apabila mereka dah tak ada.. faham kan maksud aku ? bukan tak ada untuk beberapa hari.. tetapi untuk selamanya.. tak ke aku meroyan macam hilang anak ? hanya allah yang tahu macam mana aku rasa.. dorang ada lagi pon aku da agak2 sebak.. lagi la kalau tak ada... jangan korang dengar khabar pasal aku pon suda tak ada nanti... 

malam ni malam terakhir sebelum dorang pegi berlepas besok malam.. tapi dorang da bertolak petang dari rumah.. yelaa.. sebab nak pegi KL dulu... ayahhh... nak ikot..... T_T
da la aku kena menumpang rumah sedara aku yang nun jauh di pedalaman.. tak la dalam mana.. sungai tiram je kot.. mesti rindu gila dengan mommy n ayah aku.. aku rasa 5 hari tu macam 5 tahun aje.. ayat da macam orang bercinta pasal aku ni.. ahh. lantak.. aku memang tengah sedih.. ayah aku punya la ingat flight dia hari sabtu malam.. sekali tengok balik rupanya jumaat malam ataupon besok laa... wahh,, baru nak celebrate birthday ayah aku dengan dia.. wawawa... makin sebak la aku !

setiap malam aku sedih bila terfikirkan bila dorang tak dapat balik rumah jumpa aku nanti.. da kakak aku kat Melaka.. aku kat sini dengan sapa ? kalau betul apa2 terjadi kat dorang.. aku tak tau nak buat apa.. da la SPM nak dekat.. tak ke teruk gila keputusan aku.. tu lagi,, cobaan yang sangat berat.. 
ishh.. tapi tak baik pulak asik fikir bukan2 aje.. yang penting aku cuma boleh doakan aje supaya mereka selamat pegi selamat balik.. 

haa,, phone aku pon da menyanyi2.. aku set birthday ayah aku terawal sangat.. punya la 15 minit lagi nak pukul 12 tapi bunyi da memekak... haihh... i will miss them so much..
aku akan lalui minggu ini tanpa mommy dan ayah di sisi... wahh.. hampaaa....

besok aku nak ikot hantar dorang.. tapi tak tau la.. dengan ada tusyen nye lagi.. ayah aku tu mana penah bagi aku ponteng tusyen.. padahal tusyen je kot.. yelaa.. benda tu bukan free kan.. huh! tapi aku takut aku termelalak kat situ jugak.. hadoii,, tak cun la gitu.. ahh lantakk... 

haa,, bermula pada keesokkan hari hingga la minggu depan.. aku tak akan pernah online walaupon sekejap.. wahh.. bunyinya sungguh menyedihkan.. 


* apa pon2... selamat jalan mommy n ayahku...
semoga selamat pergi dan pulang...
cepat balik ok !
 

No comments:

Post a Comment