Wednesday, March 30, 2011

Prinsip Akaun vs Matematik

assalamualaikum....

yuhuu geng.. aku kembali.. tapi kali ini dengan satu konflik yang tak dapat diselesaikan dengan akal yang sihat..hehe..
APAKAH ITU?


ok begini.. antara Prinsip Akaun (PA) dengan Matematik (MATH) yang manakah mengharuskan kita untuk ambil tuisyen?? rumit..rumit..
sekarang ni aku ambil kelas math.. sebab aku tak berapa hebat soal ini..hehe..
tapi masalahnya aku ni susah sangat untuk faham tentang PA.. sebenarnya bukan la tak faham tapi aku ni memang tak minat.. tak suka sangat-sangat !! orang cakap kalau kita memang dah tak minat pasal sesuatu tu.. kalau kita da usaha macam mana pon benda tu tak akan berjaya.. da memang aku tak ada minat menceburi bidang akaun-akaun ni.. ishh.. tolong la jangan bagi aku blaja benda alahh yang sangat menggilakan kepala otak aku..

orang ingat aku ni berpura-pura tak suka.. tapi seriua memang sangat tak suka.. ujian pertama hari tu aku pon tak tau macam mana aku bole lulus.. highest pulak tu.. well,, aku memang terkezut beruk dengan result yang aku dapat.. tapi sekali lagi aku cakap.. aku tak pernah nak tunjuk aku ni hebat.. sebab aku tau aku ni memang tak hebat.. aku cuma nak jadi lebih cemerlang dari sebelum ni.. kalau korang tau aku ni macam mana dulu.. mesti korang melekek habis.. dulu aku tak pernah dapat result yang sedap mata memandang.. aku pon tak tau dimana silapnya.. aku ni jenis orang yang sangat malas untuk belajar.. lagi-lagi kalau aku tak minat satu subjek tu.. hisshh...

seriously.. dulu aku sangat la BENGAP+ BODOH...
(rasa down siot baca statement tu)

alhamdulillah selepas PMR aku dah rasa sedar sikit kalau aku ni bengap.. sejak tu aku bertekad gila nak ubah cara aku yang tersangat pemalas tu.. result aku sama dengan ezaty.. then dia je la tempat aku mengadu time susah tu.. sama-sama da sedar.. jangan sedar lagi tapi malu sekali kau! yela.. nak buat apa dengan 2A tu.. tapi nasib baik tu PMR.. atleast ada masa nak perbaiki kesilapan tu kan.. nasib baik sangat.. hehe... so SPM nanti aku tak nak kecewa kan mak n ayah aku.. aku tau diorang tak pernah harap tinggi sangat kat aku sebab diorang tau kemampuan aku sampai mana.. tapi aku nak buat surprise untuk diorang.. aku tau diorang nak yang terbaik untuk aku.. yee.. sebab tu la entry ni muncul..

so.. lepas aku bebel pasal masa lalu yang menyedihkan ni aku masih confuse...
yang mana lebih perlu??
kawan-kawan aku suruh aku ambil PA..
alasan mereka sebab aku da bole survive pasal MATH ni..
huh.. memang la bole survive tapi aku masih rasa tak mantap lagi..
ehh.. ayat serabai.. hahaha...

yang penting antara PA and Math dua-dua penting..
huuuu......

No comments:

Post a Comment