Wednesday, February 9, 2011

Khasiat Jagung

assalamualaikum...



Apakah nama saintifik jagung?
Zea Mays, tergolong dalam keluarga Gramineae.

Apa yang membuatkan jagung sangat berkhasiat?
Ia mengandungi protein, vitamin B, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia juga menghasilkan sejenis minyak bermutu tinggi yang sangat mesra dengan kesihatan.

Apakah kebaikan jagung?
Ia menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Disamping itu ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.Organ badan manakah yang paling cepat menangkap khasiat jagung?
Pundi kencing. Jagung sangat elok dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah ketika membuang air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.


selain tu,Jagung juga kaya dengan asam folat yang berperanan untuk menurunkan kadar homosistein dalam pembuluh darah. Homosistein merupakan suatu jenis asam amino yang bila kadarnya meningkat dalam darah dapat merosak pembuluh darah sehingga berisiko meningkatkan serangan jantung dan stroke. Asam folat juga berperan penting dalam perkembangan otak janin. Asam folat mencegah kerosakan otak bayi saat kelahiran. oleh kerana itu, ibu hamil disarankan untuk mengkonsumsi jagung sebagai makanan pokok tambahan selain nasi.

No comments:

Post a Comment